nasi goreng

January 21, 2010

Kategori: [Kirim ke Teman via email] [Print] Klik tuk Simpan di FB mu


Bahan-bahan
2 piring nasi
1 siung bawang putih
3 bawang merah
2 buah cabai merah, dihaluskan
1 sendok makan pasta tomat/saus tomat
1 batang daun bawang
1 butir telur, kocok
100 gram daging ayam, dipotong dadu kecil-kecil
50 gram udang, dikupas
5 bakso
1 sendok makan minyak goreng
2 sdm minyak wijen
merica bubuk sesuai selera
garam sesuai selera

Cara Membuat:
1)Panaskan minyak goreng dan minyak wijen, tumis bawang putih, bawang merah dan cabai merah sampai harum baunya.
2)Masukkan ayam, udang dan bakso, aduk sebentar sampai agak matang.
3)Masukkan telur, aduk-aduk hingga telur pecah-pecah matang.
4)Masukkan nasi putih, saus tomat, garam dan merica, aduk sampai rata dengan bumbu.
5)Dihidangkan dengan dihias seperlunya.

sumber: http://www.geocities.com/iwede

PENGENALAN

January 7, 2010

Dokumen pengenalan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Kad pengenalan Malaysia:MyKad

Dokumen pengenalan merupakan sejenis dokumen yang digunakan untuk memastikan identiti pembawanya. Berbeza dengan dokumen lain, tugas dokumen pengenalan ini adalah cuma untuk menyatakan identiti pembawanya. Jika dalam bentuk kad kecil, ia dipanggil kad pengenalan (KP).

Isu kad pengenalan boleh menimbulkan kontroversi, bergantung kepada cara kerajaan menggunakannya kerana dikatakan membolehkan kerajaan mengintip rakyatnya dengan mudah. Walau bagaimanapun, kontroversi ini biasanya hanya berlaku di negara-negara Barat yang tidak mempunyai kad pengenalan wajib.

Isi kandungan

[sorok]

// <![CDATA[//

[sunting] Jenis kad pengenalan

Kad pengenalan moden amat berbeza sekali dengan kad “gambar foto di atas sekeping kadbod” tradisional, dan biasanya merupakan kad pintar berteknologi tinggi yang boleh dibaca oleh komputer.

Bila kad pengenalan itu dikeluarkan oleh kerajaan, ia menegaskan satu identiti awam yang unik untuk sesorang, dengan itu menetapkan identiti seseorang itu dalam hubungannya dengan kerajaan. Teknologi baru membolehkan kad pengenalan mengandungi maklumat biometrik, seperti gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris ataupun cap jari.

Maklumat lain yang biasanya terkandung dalam kad tersebut — atau pangkalan data sokongannya — termasuklah nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan, jenis darah dan faktor Rhesus.

[sunting] Kesan perundangan

Undang-undang biasanya menghadkan kuasa meminta pengenalan diri (contohnya polis dan pegawai imegresen), walaupun apa yang terjadi ialah banyak pihak lain sama ada petugas kerajaan atau persendirian turut meminta pengenalan diri, contohnya jurujual mungkin meminta pengenalan diri jika seseorang pelanggan ingin membayar menggunakan kad kredit ataupun cek.

Di negara-negara di mana kad pengenalan khas tiada/tidak diwajibkan, kegagalan menunjukkan pengenalan diri kepada pihak berkuasa apabila diminta mungkin menyebabkan pelaku dibawa ke balai polis untuk pengenalan lanjut walaupun tiada kesalahan dilakukan. Ini membawa kepada kesan di mana membawa kad pengenalan diri adalah kewajipan de facto (keadaan) walaupun bukan kewajipan de jure (undang-undang). Dalam kebanyakan kes, dokumen lain seperti lesen memandu dan pasport biasanya diterima.

Sesetengah orang mungkin tidak mahu membawa dokumen pengenalan diri supaya sukar dikesan, contohnya orang biasa yang tidak mengingini gangguan. Namun kadang-kadang ia mungkin membantu dalam perlakuan haram; contohnya, di sesetengah negara, prosedur untuk pendatang asing tanpa izin mungkin berbeza mengikut umur atau kerakyatannya. Tanpa dokumen pengenalan, pendatang tersebut mungkin mempunyai lebih masa untuk menyiapkan kesnya sementara pihak berkuasa cuba mengenal pasti identitinya.

Untuk negara-negara yang mewajibkan pembawaan kad pengenalan sepanjang masa, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pelakunya didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali. Di Malaysia kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan dan boleh dihukum penjara di bawah Seksyen 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990. [1] , [2], [3] Menggunakan kad pengenalan orang lain juga merupakan satu kesalahan yang boleh dipenjarakan.

Hello world!

January 7, 2010

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!